...apabila Allah kata "kun"....maka hadirlah "fayakuun"...

Dengan "kun" dunia ini boleh dijadikan sekelip mata...tetapi Allah jadikan dalam masa enam hari...bertujuan memberi pengajaran kepada manusia...supaya belajar, berfikir, menganalisis, merancang dan melaksanakan...sebelum berlaku "fayakuun"...

Friday, October 1, 2010

Prasarana Allah

kun...fayakuun...

maka terjadilah bumi dan langit dan segala yang ada di antaranya...

 

Kita percaya kun fayakuun adalah kudrat Allah.


Kitalah bukti fayakuun iaitu salah satu kejadian Allah yang paling dekat dengan diri kita.

Allah tidak menjadikan manusia bersendirian. Kerana itulah terlebih dahulu Allah menjadikan  bumi dan langit lalu meletakkan kita di antaranya. Jadilah kita penghuni antara bumi dan langit sebagai bukti fayakuun dari kudrat Allah.


Oleh sebab Allah lengkapkan manusia dengan potensi minda, maka dengan sendirinya kita faham bahawa Allah jadikan bumi dan langit ini hanyalah sebagai infrastructure. Fayakuun Allah ini sifatnya amat lengkap dan menyeluruh. Anugerah prasarana untuk seluruh umat manusia.


Dengan realiti bahawa bumi dan langit sebagai prasarana, tentulah kita menghadapi tugas paling besar dan mencabar sebagai makhluk fayakuun Allah. Kita ditakdirkan berada di antara bumi dan langit yang terbentang luas, sedangkan sebelum ini kita hanya berasal dari rahim seorang wanita yang amat sempit. Pengalaman kita hanya menjadi penghuni di tempat pertemuan sperm dan ovum sebelum dilahirkan.


Kun fayakuun...

Dengan fakta ini, kita semakin sedar bahawa sebelum kita menjelajah lebih jauh dalam alam yang terletak di antara bumi dan langit ini, kita sebenarnya telah berada selama sembilan bulan sepuluh hari dalam rahim ibu dengan prasarana yang sangat terhad tetapi amat lengkap.

Sedarkah kita bahawa kehidupan sembilan bulan sepuluh hari dalam rahim ibu yang amat sempit itu, telah memberikan pengalaman yang sangat terbatas. Mampukah kita menyesuaikan diri apabila berada di antara bumi dan langit yang amat luas terbentang ini.

 

Dengan kudrat  Allah fayakuun,kita kini sedang bernafas di celah-celah prasarana Allah yang maha luas..

...bersambung 

 





1 comment:

  1. mohon link ke http://wicararumi.blogspot.com

    ReplyDelete