...apabila Allah kata "kun"....maka hadirlah "fayakuun"...

Dengan "kun" dunia ini boleh dijadikan sekelip mata...tetapi Allah jadikan dalam masa enam hari...bertujuan memberi pengajaran kepada manusia...supaya belajar, berfikir, menganalisis, merancang dan melaksanakan...sebelum berlaku "fayakuun"...

Friday, October 1, 2010

Prasarana Allah

kun...fayakuun...

maka terjadilah bumi dan langit dan segala yang ada di antaranya...

 

Kita percaya kun fayakuun adalah kudrat Allah.


Kitalah bukti fayakuun iaitu salah satu kejadian Allah yang paling dekat dengan diri kita.

Allah tidak menjadikan manusia bersendirian. Kerana itulah terlebih dahulu Allah menjadikan  bumi dan langit lalu meletakkan kita di antaranya. Jadilah kita penghuni antara bumi dan langit sebagai bukti fayakuun dari kudrat Allah.


Oleh sebab Allah lengkapkan manusia dengan potensi minda, maka dengan sendirinya kita faham bahawa Allah jadikan bumi dan langit ini hanyalah sebagai infrastructure. Fayakuun Allah ini sifatnya amat lengkap dan menyeluruh. Anugerah prasarana untuk seluruh umat manusia.


Dengan realiti bahawa bumi dan langit sebagai prasarana, tentulah kita menghadapi tugas paling besar dan mencabar sebagai makhluk fayakuun Allah. Kita ditakdirkan berada di antara bumi dan langit yang terbentang luas, sedangkan sebelum ini kita hanya berasal dari rahim seorang wanita yang amat sempit. Pengalaman kita hanya menjadi penghuni di tempat pertemuan sperm dan ovum sebelum dilahirkan.


Kun fayakuun...

Dengan fakta ini, kita semakin sedar bahawa sebelum kita menjelajah lebih jauh dalam alam yang terletak di antara bumi dan langit ini, kita sebenarnya telah berada selama sembilan bulan sepuluh hari dalam rahim ibu dengan prasarana yang sangat terhad tetapi amat lengkap.

Sedarkah kita bahawa kehidupan sembilan bulan sepuluh hari dalam rahim ibu yang amat sempit itu, telah memberikan pengalaman yang sangat terbatas. Mampukah kita menyesuaikan diri apabila berada di antara bumi dan langit yang amat luas terbentang ini.

 

Dengan kudrat  Allah fayakuun,kita kini sedang bernafas di celah-celah prasarana Allah yang maha luas..

...bersambung 

 





Masihkan kita seorang pejuang?


Masihkah aku seorang pejuang?
Kalau masih berjuang, apakah yang aku perjuangkan?
Adakah aku seorang pejuang yang ikhlas?

Itulah antara soalan yang selalu bermain di fikiranku.

Di tempat kerja aku tanyakan pada kawan, mereka tiada jawapan.
Di rumah aku tanya jiran, mereka juga tiada penjelasan.
Tidak ada siapa yang akrab denganku, mampu menghuraikannya.

Akhirnya bila aku menjelajah ke alam siber, tanpa sengaja aku berjumpa gambar yang menangkap mata hatiku.
Kelihatan seorang anak kecil yang terbiar, melarat dan melata.
Anak kecil yang hidup seperti dibawa angin, berserah kepada ketentuan...

Ketentuan? Ketentuan siapa? Ketentuan Tuhan?

Inilah yang selalu aku fikirkan.
Adakah ini ketentuan Allah.
Adakah ini yang Allah jadikan dengan tenaga kun fayakuunNya.

Sebagai pejuang yang masih berjuang...aku bertanggungjawab mencari jawapan. Aku perlu meneroka khazanah yang aku yakin  masih tersimpan tidak pernah berubah diusik zaman.

Maka aku teringat akan....Kun fayaakun...

Untuk mencari jawapan, aku perlu ada kekuatan.
Tanpa kekuatan, segala jawapan yang dekat akan menjadi jauh.
Kekuatan itu mesti ada dalam diriku sendiri.
Yang datang dari roh dan jasad.
Dari keinginan dalamanku.

Kun fayakuun...

Maka aku akan menjadi peneroka zaman.
Menghirup nafas dan menghembusnya kembali setiap waktu.
Memberiku tenaga luar biasa untuk menjajah persekitaran hidupku sendiri.

Tanpa kusedari bahawa aku yang kerdil ini sebahagian dari...
"kun fayaakuun"

...bersambung

Thursday, September 30, 2010

Kun fayakunn

Assalamualaikum dan salam perkenalan,


Allah berkuasa menjadikan sesuatu. Apabila Allah kata jadi (kun) maka jadilah ia (fayakuun).

Dalam surah sajadah, Allah menjadikan langit dan bumi serta apa yg ada di antara keduanya dalam tempoh 6 hari, walaupun Allah boleh katakan "kun" dan "fayakuun" lah bumi ini sekelip mata.

Kebijaksanaan ajaran Islam terserlah dari maksud "kun fayakun" ini.
Manusia tidak memiliki atau boleh access kuasa "kun" Allah dengan apa cara sekalipun.
Manusia perlu berusaha untuk "fayakuun" apa yang dihajati.

Manusia dilahirkan kosong. Allah sempurnakan "kun" kehadiran dan kehidupan manusia ke muka bumi dan bekalkan hanya unsur fizikal, naluri dan roh. Berbekalkan aset inilah, manusia "fayakuun" segala keperluannya di alam yang sementara ini.

Wallahua'lam.