...apabila Allah kata "kun"....maka hadirlah "fayakuun"...

Dengan "kun" dunia ini boleh dijadikan sekelip mata...tetapi Allah jadikan dalam masa enam hari...bertujuan memberi pengajaran kepada manusia...supaya belajar, berfikir, menganalisis, merancang dan melaksanakan...sebelum berlaku "fayakuun"...

Friday, October 1, 2010

Masihkan kita seorang pejuang?


Masihkah aku seorang pejuang?
Kalau masih berjuang, apakah yang aku perjuangkan?
Adakah aku seorang pejuang yang ikhlas?

Itulah antara soalan yang selalu bermain di fikiranku.

Di tempat kerja aku tanyakan pada kawan, mereka tiada jawapan.
Di rumah aku tanya jiran, mereka juga tiada penjelasan.
Tidak ada siapa yang akrab denganku, mampu menghuraikannya.

Akhirnya bila aku menjelajah ke alam siber, tanpa sengaja aku berjumpa gambar yang menangkap mata hatiku.
Kelihatan seorang anak kecil yang terbiar, melarat dan melata.
Anak kecil yang hidup seperti dibawa angin, berserah kepada ketentuan...

Ketentuan? Ketentuan siapa? Ketentuan Tuhan?

Inilah yang selalu aku fikirkan.
Adakah ini ketentuan Allah.
Adakah ini yang Allah jadikan dengan tenaga kun fayakuunNya.

Sebagai pejuang yang masih berjuang...aku bertanggungjawab mencari jawapan. Aku perlu meneroka khazanah yang aku yakin  masih tersimpan tidak pernah berubah diusik zaman.

Maka aku teringat akan....Kun fayaakun...

Untuk mencari jawapan, aku perlu ada kekuatan.
Tanpa kekuatan, segala jawapan yang dekat akan menjadi jauh.
Kekuatan itu mesti ada dalam diriku sendiri.
Yang datang dari roh dan jasad.
Dari keinginan dalamanku.

Kun fayakuun...

Maka aku akan menjadi peneroka zaman.
Menghirup nafas dan menghembusnya kembali setiap waktu.
Memberiku tenaga luar biasa untuk menjajah persekitaran hidupku sendiri.

Tanpa kusedari bahawa aku yang kerdil ini sebahagian dari...
"kun fayaakuun"

...bersambung

No comments:

Post a Comment